Saturday, 19 March 2016

TIPS MELANCONG KE BEIJING

Assalamualaikum...

Tips melancong ke Beijing musim sejuk atau peralihan musim sejuk ke musim bunga akan aku tulis sebentar lagi.. Tapi kena ada mukadimah dulu.. Ehem..ehem....Alhamdulilah.. Pada 27 Mac hingga 1 April aritu, Persatuan Bahasa Melayu IPG Kampus Pendidikan Islam telah menganjurkan program Kajian Linguistik Asia (PROKALA) di Beijing Foreign Studies University.. Semua berjalan dengan lancar... Untuk pengetahuan semua, selain pergi menjalankan lawatan ilmiah di sana, kami juga perlu melawat ke tempat yang telah ditetapkan oleh tourist guide kami.. Alamak, macam buat laporan plak bila bahasa diri sebagai KAMI..hehe.. Tukar-tukar..




Ha, tak silap aku, setiap syarikat pelancongan di China mesti bawa pelancong mereka ke tempat yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Even ko rasa cam boring tahap gaban, tapi kena jugak pergi.. Dengar jerk lah celoteh orang yang sedang menerangkan tentang MUTIARA, JED, KRISTAL, TEH, UBAT KAKI, KOYOK, SUTERA dan macam2 lagi lah.. kalau ada duit lebih beli, kalau tak, takpew... So, di sini ada beberapa tips yang aku nak kongsi dengan korang semua! Dah sedia? Jom.......

1.SURVEY HARGA PAKEJ

Ha... korang sebelum pergi tu..jangan main redah jerk.. survey harga tiket atau pakej pelancongan betul2.. Dapat lagi murah lagi best.. dan yang paling penting boleh DIPERCAYAI...Lagi 1, kalau Muslim, amik yang PAKEJ HALAL.. senang..tak payah pikir nak cari kedai halal kat sana...  Untuk pakej, macam aku aritu, aku pergi around 7 hari / 6 malam sekali dengan tiket FLIGHT AIR ASIA pergi balik, tiket bullet train ke TIANJIN, MAKAN, HOTEL, VISA, TIPPING, AIR MINERAL SETIAP HARI, semuanya RM 1850... Tapi!! Masa aku pergi KLINIK kat area Bangi ni, doktor tu boleh plak bergosip dengan aku.. Katanya dia nak pergi CHINA bulan 12 ni... 4 hari di Beijing, 3 hari di Shanghai, katanya RM850... serius MURAH!!!!! Selalunya kalau pergi Shanghai sekali, agak mahal around RM3000 lebih...

2. VISA

Ha..kalau saper pergi dengan tourist guide, rata-ratanya VISA anda telah diuruskan... Tapi, bagi yang pergi sendiri, korang kena sediakan sendiri kott.. VISA ni sangat penting yer!!! Bukan setakat kena ada passport jerk, VISA pun mesti ada! Kang tak pasal2 kau tersangkut kat airport.. Nak sediakan visa camner? Aku pun tak tahu.. hehe..

3. TUKAR DUIT

Seperti biasa, sebelum melancong, tukarlah duit siap-siap yer kat Malaysia...Nak tukar kat sana pun boleh, tapi agak lambat di bawa ke market (Sebab kat market ada pengurup wang).. So, kalau dah lambat tu, maka ternganga lah ko sebab tak tukar duit awal-awal.. Oh yer.. turun dari FLIGHT, masuk dalam airport Beijing tu, ada tempat tukar duit jugak..tapi cas agak tinggi rasanya.. So, nak mudah, tukarlah di Malaysia yer.. 

4. BAGAIMANA KADAR TUKARAN WANG CHINA-MALAYSIA?

Ha..kat sana panggil YUAN atau RMB.. Tapi aku sebut YUAN jerk.. nilainya kalau congak-congak, YUAN 2 KALI GANDA dari RINGGIT tau... Even tukaran berbeza setiap hari.. Alah, kalau beza pun dalam beberapa sen.. So, kat sana, aku just congak dengan mengingat bahawa duit YUAN, dua kali ganda DUIT MALAYSIA.. Contoh:

RM 10 = 20 YUAN
RM 20 = 40 YUAN
RM50 = 100 YUAN
FAHAM?

Kiranya kita untung berbelanja di sana yer...

5. TANDAS

Seriusly, tandas yang ada paip air hanyalah di masjid dan beberapa tempat sahaja..Kebanyakannya TAKDER PAIP KAT DALAM TANDAS! Nak basuh tutttttttt, ko kena isi air dalam botol kat paip tempat basuh muka, then baru bawak dalam tandas... Kalau nak lebih kreatif, ambil tisu then basahkan jerk.. Tapi ingat, pastikan bersih bila anda basuh.. Bukan apa,  nak solat mudah sebab dah dijamin bersih :)

6. MAKANAN

Ha!!!! Chinese style jenis hantar makanan 1 persatu.. ada tu yang sekaligus.. So, aku yakin kalau korang lapar, mesti berebut-rebut cam aku! Hahaahahaah.. Tapi jangan risau! Nasi boleh tambah..  Lauk ada yang boleh, ada yang tak boleh tambah. Kat sana susah jumpa ayat seketul-seketul macam kat Malaysia..Selalunya dia akan potong kecik-kecik then jadi rencah dalam sayur... Aku jumpa yang jenis seketul pun masa kat restoran area Stadium Bird Nest.. Masakan Mongolia rasanya.. Dia hidangkan ayam yang macam AYAM NASI AYAM tu... sedap!!  Lagi 1, masakan kat sana memang banyak sayur! Sampai batang sayur dan lada benggala pun jadi lauk tau... CUMA!!!! Ada beberapa lauk kau tengok sedap! Tapi sila hati-hati! Rasa dulu baru amik. Sebab ada yang rasanya tak boleh masuk kat tekak kau. Contohnya cam rasa masam dan sebagainya. Ada 1 ikan tu, cantik sangat persembahan hidangannya dan rupa.. Bila rasa! MASAM!! (tapi still kena bersyukur yer.. Alhamdulilah :)

7. LOSYEN DAN PELEMBAB BIBIR

Cuaca Beijing yang sejuk memang memerlukan korang membawa VASELINE!! 1 yang jenis pelembab bibir yang main colet-colet guna jari tu, 1 lagi krim untuk kulit yang wangi tu.. Sebab apa kena bawak? Bibir dan kulit kau akan kering! Kulit tangan aku OK alhamdulilah.. Tapi bila kulit kaki! Serius macam kayu aku rasa! Kasar dan cukup kering sampai warna PUTIH! 

8. BILA GATAL JANGAN GARU

Kenapa? Sebab lagi teruk kulit kau.. Cubalah tahan.. Kalau tak tahan, sapu krjim atau garu-garu manja jerk...

9. KERTAS IMIGRESEN SILA SIMPAN

Ha... seperti biasa.. Masa on the way ke Beijing, akan dapat 1 kertas imigresen dalam flight.. Korang kena tulis.. So, bawaklah pen letak siap2 dalam handbeg atau kocek.. Tak lah kau meraba-raba cari pen.. Bila dah tulis plak, 1 kena bagi dekat pegawai imigresen bila sampai, 1 lagi simpan sebab nak guna masa balik nanti! Ha, simpan elok-elok tau.. Tapi, dekat airport tu, ada jugak ruangan untuk tulis dan kertas lebih bagi siapa yang hilang.. Tapi bila nak tulis balik tu dah leceh.. So, seeloknya simpan lah yer..

10.  BAJU SEJUK, SARUNG TANGAN, PENUTUP KEPALA , LONG JOHN, MAFLA dll.

Ada orang yang beli mahal2 kat Universal Traveler.. Macam aku, TAK KUASA! Aku beli kat bundle jerk weh! RM10.. Saper area kajang, bangi, bolehlah cari kat kedai yang tulis BUNDLE dekat depan hentian Kajang.. Ada jual! Sarung tangan plak, better cari sarung tangan yang jenis benang atau kain.. Lagi tahan sejuk.. Aku guna sarung tangan kebun RM2 tu dua lapis, tahan tau sejuk! Tapi bila dah sejuk sangat tu, tak tahan lah weh.. Aku beli sarung tangan yang jenis span tebal tu.. RM5 jerk kat Beijing tau... Long john ni merupakan pakaian dalam yang berlengan panjang dan tight... Ni boleh beli siap2 kat Malaysia, atau kat Beijing pun boleh.. Tapi aku tak pakai pun.. Stokin plak kena pakai STOKIN TEBAL! Kasut semestinya KASUT SUKAN!! Kang kalau kau selipar, tak pasal2 KEJANG KAKI pulakkkkkk... Penutup kepala plak, aku beli kat Beijing jugak, RM 5 jerk. Aku beli yang jenis PANDA! Comel! Nak tengok? Nanti lah..untuk entry yang akan datang tentang GAMBAR KAT BEIJING.. hehe
11. NILAI 100 YUAN

Mengikut kajian aku (cehwah), peniaga suka bermain dengan nilai 100 YUAN! Ingat yer, 100 YUAN = RM50... So, tak kiralah peniaga tepi jalan atau peniaga yang jenis tunggu luar bas, atau peniaga MARKET, suka bermain dengan harga 100 yuan... Korang kalau nak beli tu, pikirlah.. Adakah berbaloi beli barang dengan harga 100 YUAN sebelum beli.. kalau rasa cam murah, belilah.. kalau mahal, tak payah. 

12. TALIAN TELEFON BIMBIT

Ada yang buat ROAMING tau.. Aku pun tak tahu macam mana cara buat ROAMING.. Macam lect aku, dia pakai MAXIS, dia terus pergi kat pusat maxis terdekat.. Atau kalau korang nak beli SIM CARD kat sana pun boleh. Tapi, kawan-kawan aku beli dekat tourist guide ktorang.. 100 YUAN (RM50).. Dalamnya ada 50 YUAN (RM25) kalau tak silap aku.. Lagi 1, kalau orang Malaysia call, kita AKAN KENA CAS jugak tau.. Tak silap aku RM3 untuk seminit.. Tu untuk yang tak biat roaming kot.. Kalau yang buat, aku tak berapa tahu.. Sorry..hehe

13. PENIAGA YANG TUNGGU DEPAN BAS

Ha... mula-mula mesti kau rasa.. `Alah..kat MARKET lagi murah!`.. Sebenarnya, berdasarkan pengalaman aku.. Peniaga yang ikut ke mana saja kau pergi tu jual lagiiiiiiiiiii MURAH! Macam T-SHIRT I LOVE BEIJING, standard kedai jual memang RM10.. Tapi kalau kau beli kat peniaga camni, dapat  around RM8-9 (7 HELAI = 100 yuan).. CUMA! Ada pantang-larangnya! Kalau boleh, pastikan kau ada duit kecik.. Terus beli dengan nilai yang cukup. Jangan bagi duit besar. Contohnya kau beli barang 10 yuan, tapi sebab kau nak tuakr duit, kau bagi 100 yuan.. Ha! JANGAN!!!! Sebab apa? Nanti dia akan bagi kau duit PALSU atau duit RUSIA.. Duit RUSIA tak berguna di China dan nilainya sangat rendah dari duit China, apatah lagi Malaysia.. Maka, kau yang rugi.. Macam ada sorang lecturer aku, beliau terkena tau.. Beliau bagi duit besar.. Then, tanpa disedari, beliau dapat duit PALSU...

14. MINTA TOURIST GUIDE TERANGKAN BAGAIMANA NAK KENAL DUIT PALSU ATAU TIDAK

Macam tourist guide aku, namanya AUNTIE YE.. Guna bahasa Indonesia.. Dia terangkan dekat ktorang cara nak bezakan.. Katanya, duit yang asli rasanya kasar.. Kalau duit palsu rasanya halus... Yang paling penting, korang kena kenal muka orang yang berada kat duit tu.. Jangan tiba-tiba dapat duit Rusia sudah.. Even tak semua peniaga macam tu, contohnya peniaga CHINA ISLAM (muka macam PAKISTAN).. Mereka jual kacang yang melekat2 kat depan restoran.. Ha, yang tu boleh caya.. Aku tukar duit kat situ lah.. Sedap kacangnya!!!! huhu :)

15. TAWAR-MENAWAR DI MARKET!

Serius!!!  Kebanyakan mereka KASAR!!!!! Hati kau mesti kering! Kena tebal telinga! Macam kawan aku. dia tolong tawarkan harga lagi sorang kawan aku ni.. Lepas tu, kawan aku pun rasa malas nak gaduh, dia blah dari kedai tu.. Orang tu marah tau! Dia kata YOU SON OF BITCH!!! Tak habis dengan tu lagi! Dia kejar tau, then dia tepuk kawan aku, sambil tunjuk jari ke arah mulut kawan aku, lalu menyebut FUCK YOUR MOUTH!!!!!

Ktorang mengamalkan konsep, NAK BELI, BARU TANYA HARGA! Sebab apa? Lepas kau dah tanya, kau memang kena beli! So, tipsnya TAWARLAH HARGA 80-95% lebih murah dari harga ASAL! Kalau kau rasa macam kau nak blah dari kedai tu, kau tawarlah harga yang tak masuk akal. Paling kurang pun, kena maki YOU CRAZY.. tu jerk.. Percayalah, kalau kau tawar dengan berhemah, tak gelojoh, harga yang kau dapat pasti berbaloi dan kau tak kena maki teruk.. Macam lect aku buat.. Siap boleh bergurau lagi dengan orang kedai tu...

Lagi 1, lupa nak bagitau.. Tak semua peniaga atau market macam tu.. Macam peniaga di PEARL MARKET ok.. dan yang lebih sopan ala2 cam tawar menawar kat Malaysia ialah YA SHOW MARKET (kalau tak silap aku namanya..yang penting depan huruf Y).. Takder nak paksa2.. Yang kasar tu, kat 1st market yang ktorang pergi.. Aku lupa namanya.. Depannya bermula dengan huruf T or Q rasanya.. Siatuasi kena maki kat atas tu, semua berlaku kat situlah... Siap main tarik-tarik baju bagai... Yang penting tipsnya, JANGAN KESIANKAN PENIAGA tu. TAWARLAH dengan BERHEMAH dan PASTIKAN MEREKA AKUR DENGAN HARGA ANDA! (pssssssst.. Tapi aku banyak gak rugi sebab aku rasa cam kesian ngan diowang, aleh2 aku yang kena tipu..haha)

16. SOKET

Kena ingat! Soket di Malaysia tak sama macam soket kat Beijing, Indonesia dan lain2.. Kena beli soket dulu sebelum ke sana.. Memudahkan kau untuk cas phone ker, nak guna mesin blander ker (tetiba plak mesin blander..haha).. Kalau nak beli, pergi kedai elektrik, cakap nak SOKET BEJING.. China plak ada 3 jenis SOKET tau.. Nak mudah beli yang WORLDWIDE terus.. tapi mahal lah.. Around RM30... Tapi untung.. sebab boleh pakai kat seluruh dunia...Then kalau pergi dengan family, bawaklah sekali EXTENSION.. boleh guna banyak2..

17. BERAPA BAJET DUIT NAK BAWAK?

Secara jujurlah.. Better bawak RM500 dan ke atas kalau kau rasa kau jenis mudah terpukau dengan barang2... Nanti tourist guide akan bawa kau ke tempat WAJIB di BEIJING tau.. Kebanyakan barang-barang kat tempat JED, KRISTAL, UBAT, TEH bernilai 100 YUAN dan ke atas... Kalau kau jenis kuat dan tabah dar segala godaan barang, bawak around RM300 pun ok.. Tapi better bawak atas RM500 lah.. Takut jadi cam beberapa kawan aku.. Gigih nak tukar duit sebab tak cukup DUIT YUAN kat sana...

18. BERAPA HELAI BAJU NAK BAWAK?

Ha... kalau pergi masa CUACA SEJUK iaitu bulan 11 sampai Mac, better bawak baju sket dalam 3 hingga 5 helai.. Sebab apa? Bila sejuk, badan tak berbau.. Boleh pakai ulang kali.. Atau pun, sarung baju kau dengan sweater atau baju sejuk..

Rasanya tu jerk kotttttt.. Kalau ada yang aku teringat, in shaa Allah aku bagitau lagi yer... Yang paling penting, korang dapat menimba ilmu dan pengalaman di negara orang.. Best!!!! Kau akan teruja tengok sistem jalan raya di China! SANGAT SUSAH jumpa MOTOR!! Mereka yang pakai motor, KENA BUAT SURAT PERMOHONAN dulu kata tourist guide aku tu.. Rata2nya pakai kereta atau basikal.. Kereta plak jenama AUDI lah, BMW..huhu.. Tapi ada kawan aku, jumpa PROTON PERSONA kat BEIJING tau.. huhu

Nota:

Artikel di atas dikongsi oleh Cikgu Fiq di blognya (cikgufiq.blogspot.my). 

Terima kasih Cikgu Fiq...

Tambahan:

Kepada sesiapa yang mempunyai masalah sakit buah pinggang, boleh cuba produk PREBIOLIFE ini.

No comments:

Post a Comment